Peranan Kaum Ibu Dalam Industri Kampung

A
"Buah bidara atau buah rotan, dodol atau dalam loghat Negeri Sembilan dipanggil, penganan, di samping buah tiram antara yang mendapat sambutan di sini."  
   

ir tangan seorang ibu memang tidak menghampakan. Keenakan lauk pauk malah aneka kuih di musim perayaan pasti diingati sepanjang zaman. Buah bidara atau buah rotan, dodol atau dalam loghat Negeri Sembilan dipanggil, penganan, di samping buah tiram antara yang mendapat sambutan di sini.

Mereka yang mengusahakan industri kecil-kecilan ini terdiri daripada kaum ibu Kampung Terachi. Kampung Terachi terletak tidak jauh dari Kampung Ulu Bendul. Anda mengambil masa tidak sampai 10 minit perjalanan dari Kampung Ulu Bendul untuk ke Kampung Terachi. Kaum ibu Kampung Terachi menjadikan kemahiran membuat kuih-kuih tradisional sebagai usaha membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Industri desa turut menyumbang kepada pendapatan isi rumah

Di bawah Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK), seramai 12 orang ahli terlibat dan berganding bahu menghasilkan pelbagai produk untuk dikomersialkan. Kuih-kuih akan dihantar ke kedai-kedai makan di sekitar Negeri Sembilan dan Wilayah Tengah. Menurut Bendahari PWPK, Hajah Kamariah Haji Bakar, setakat ini sambutan pembeli amat menggalakkan. Mereka yang pertama kali merasa pasti akan jatuh hati kepada keenakan kuih buah bidara yang dibuat oleh PWPK Kampung Terachi ini.

Selain daripada rasanya yang enak, harganya juga sangat berpatutan. Mereka menjual semurah RM2 setiap 100 gram untuk kuantiti paling minimum. Bagi yang ingin membuat tempahan juga boleh menghubungi mereka atau datang sendiri ke Kampung Terachi.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK