Perpustakaan Sebagai Pusat Rujukan

P
"...aktiviti yang pernah dianjurkan oleh perpustakaan ini ialah mengadakan pertandingan “papper cutting”, pertandingan mewarna lukisan dan melukis."  
   

emberian Perkhidmatan Sejagat (USP) ialah salah satu projek kemasyarakatan dikendalikan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi swasta yang lain. Melalui program USP, kampung-kampung yang terpilih diberi peralatan komputer untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat dalam bidang teknologi maklumat. Peralatan-peralatan tersebut diletakkan di perpustakaan desa atau klinik desa yang bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

Di Kampung Ulu Bendul, KTAK menjadikan Perpustakaan Desa (PD) Ulu Bendul sebagai Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti, seterusnya berhasrat merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (SchoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan.

Sumber rujukan

Antara aktivit yang pernah dianjurkan oleh perpustakaan ini ialah mengadakan pertandingan “papper cutting”, pertandingan mewarna dan melukis. Perpustakaan ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 9 pagi hingga 4.45 petang dan turut dibuka pada hari Sabtu minggu kedua, ketiga dan kelima.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK