Hikayat Sebuah Kampung
ejarah Ulu Bendul menurut orang perseorangan dan juga beberapa orang penduduk di Ulu bendul itu sendiri dan telah pun diterima umum, kampung ini pada masa dahulu dikelilingi oleh banjaran bukit dari kiri, kanan dan di sebelah barat. Lantaran itu, tanah tinggi itu diibaratkan seperti “Bendul Alam”. Perkataan “Bendul” mengikut pengertian penduduk Kampung Terachi ialah kayu pengapit lantai dan tinggi dari lantai. Disebabkan bukit tadi dianggap “Bendul Alam” dan kedudukannya di hulu kampung, maka kampung ini di namakan “Ulu Bendul”.
 |
| Kampung turut dihambat arus kemodenan |
|
Menurut sejarah lagi Kampung Ulu Bendul dibuka oleh orang Minangkabau dari Terachi dahulunya dikenali sebagai Padang Lebar dan Kampung Gedang. Mereka yang membuka kampung ini terdiri daripada suku Seri Lemak Pahang, Seri Lemak Minangkabau dan Biduanda. Kampung ini dibuka pada tahun 1800 dan awal tahun 1900. Selepas suku-suku ini meneroka, datang pula suku Acheh di mana di Kampung Ulu Bendul kini kekal dengan suku Seri Lemak, Biduanda dan Acheh. Tidak ketinggalan juga suku Tiga Batu yang datang dari Seri Menanti.
|