Amalan “Menyalang” Dalam Adat Perpatih
| "Menyalang adalah perkataan dalam dialek Negeri Sembilan yang bermaksud majlis bertandang pasangan perempuan ke rumah pengantin lelaki pada keesokan harinya yang masih berlaku sehingga ke hari ini." |
|
| |
|
enempatan di kampung Ulu Bendul terdiri daripada kaum Melayu seratus peratus yang masih kuat mengamalkan adat perpatih. Malahan di sepanjang jalan, anda masih dapat menyaksikan rumah-rumah bercirikan Minangkabau malah ada yang telah berusia ratusan tahun.
| |
 |
| |
| Kaum lelaki menunaikan solat secara berjemaah di sebuah masjid |
|
Antara adat perpatih yang masih diamalkan sehingga sekarang seperti dalam upacara pembahagian pusaka, nilai tanah dan adat perkahwinan. Di sini penduduknya masih kuat memegang istiadat merisik dan meminang kemudian disusuli akad nikah dan majlis “menyalang”. “Menyalang” adalah perkataan dalam dialek Negeri Sembilan yang bermaksud majlis bertandang pasangan perempuan ke rumah pengantin lelaki pada keesokan harinya yang masih dilakukan hingga k ini.
Dianggarkan terdapat 200 ke 250 buah rumah yang terdapat di sini merupakan rumah tradisional lama. Namun perkembangan dari semasa ke semasa, penempatan baru seperti Taman Seri Ulu Bendul, menambahkan lagi kepadatan kampung. Majoriti penduduk di sini mendirikan rumah di atas tanah persendirian. |