Istimewa Puyuh Daging

B
"Ramai yang masuk ke kawasan perkampungan ini semata-mata mahu membeli burung puyuh daging yang dibela oleh Hajah Zainab."  
   

agi Hajah Zainab Haji Udin, usia emasnya tidak pernah menghalang beliau untuk terus mengusahakan ternakan puyuh daging di belakang rumahnya. Selain daripada minatnya terhadap bidang perniagaan, permintaan pembeli yang tidak putus-putus menghalang beliau dari berhenti menternak dan menjual puyuh daging.

Beliau yang memulakan penternakan ini pada tahun 1994 lagi menjadi pembekal kepada penduduk kampung yang ingin mengadakan kenduri kendera berlaukkan puyuh. Malahan sambutannya di musim perayaan juga sangat menggalakkan. Keenakan daging puyuh dimasak rendang pada hari raya pasti menyelerakan sesiapa sahaja.

Burung puyuh dikategorikan dalam tiga gred dan harganya berbeza mengikut gred-gred yang telah ditetapkan. Gred satu, tiga ekor dijual dengan harga RM12. Papan tanda diletakkan di bahu jalan agar pembelinya mengetahui di mana letaknya ternakan beliau. Ramai yang masuk ke kawasan perkampungan ini semata-mata mahu membeli burung puyuh daging yang dibela oleh Hajah Zainab.

 
 
Khasiat telur puyuh setanding telur ayam

Beliau yang pada mulanya mendapat bantuan daripada Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan pembinaan reban dan juga mesin untuk memproses ayam kampung, sangat berbesar hati kerana kerajaan sudi membantunya.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK