Menimba Ilmu Bermula Di Sekolah

S

elaras dengan pembangunan dan kepesatan ekonomi, persaingan dalam penguasaan bidang ilmu juga semakin dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Walaupun di kawasan perkampungan isu pendidikan merupakan isu yang cukup diambil berat.

 
 
Di sinilah golongan muda tempatan memperolehi pendidikan awal

Di Mukim Terachi terdapat tiga buah sekolah, antaranya ialah Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul yang dibina pada tahun 1938. Di sekolah ini pelajarnya hanya bersekolah sehingga darjah empat sahaja kerana tidak mampu untuk menampung bilangan pelajar yang bertambah mengikut tahun. Program yang selalunya diadakan oleh pihak sekolah ialah program pemimpin bersama rakyat yang mana pelajar-pelajar ini akan berkhemah di padang sekolah pada waktu malam dan akan diberikan motivasi oleh pemimpin tempatan. Ekoran kes kehilangan kanak-kanak yang semakin berleluasa, maka pihak sekolah turut mengadakan program kesedaran tentang penjagaan keselamatan diri.

Bagi peringkat menengah pula, penduduk kampung menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang berhampiran iaitu Sekolah Menengah Dato’ Abdul Samad di Tanjung Ipoh Negeri Sembilan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK