Taman Ular Tarikan Baru di Ulu Bendul

T

aman Ular antara daya tarikan baru di Ulu Bendul. Terletak di dalam kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, taman seluas empat hektar ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan. Dari Seremban, perjalanan untuk ke taman ini mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit berkereta.

 
 
Antara spesies ular yang terdapat di Taman Ular

Terdapat lebih daripada 20 ekor ular sawa dipamerkan di taman ini. Ular-ular ini diletakkan di dalam sangkar dan pada masa ini pengunjung yang datang boleh memasuki tempat ini secara percuma. Pada masa ini juga, ia dibuka setiap hari mulai pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. Antara spesies ular yang dipamerkan ialah Blood Python, Borneo Short Tailed Python, Amazon Tree Boa dan juga Colombia Boa. Terdapat juga spesies Anaconda yang diletakkan di dalam sangkar untuk tatapan pengunjung.

 
 
Spesies ular sawa turut menjadi tarikan utama

Bagi yang datang untuk mandi-manda atau melakukan aktiviti riadah lain di Hutan Lipur Ulu Bendul, apa salahnya jika anda singgah sebentar ke Taman Ular ini yang pastinya memberikan pengalaman yang berharga. Selain dapat melihat hidupan dari spesies berdarah sejuk ini secara dekat, anda juga boleh mengambil gambar sebagai kenangan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK