Rekreasi Dan Pelancongan

K
"Hutan Lipur Ulu Bendul, menjanjikan pelancongan anda ke Negeri Sembilan sebuah memori manis untuk dikenang sepanjang hayat."  
   

uala Pilah bandar bersejarah. Bagi yang mengetahui sedikit sebanyak sejarah mengenai Negeri Sembilan Darul Khusus pastinya pernah mendengar, daerah Kuala Pilah antara sebuah penempatan yang terkenal dengan kekuatan adat dan juga sejarahnya. Tidak lengkap kunjungan anda ke Negeri Sembilan jika tidak singgah ke Ulu Bendul, Kuala Pilah.

Terletak dalam Mukim Terachi, Ulu Bendul merupakan sebuah penempatan terkenal dengan kedinginan air terjunnya yang tidak dapat anda rasai di tempat lain. Hutan Lipur Ulu Bendul, menjanjikan pelancongan anda ke Negeri Sembilan sebuah memori manis untuk dikenang sepanjang hayat.

 
 
Landmark Kuala Pilah

Melihat sahaja replika Dastar, ini bermakna anda telah tiba di Daerah Kuala Pilah. Dastar yang diberi nama “Dastar Dendam Tak Sudah” ini merupakan mercu tanda utama yang dapat anda saksikan setelah melalui jalan yang berbengkang-bengkok di Bukit Putus dari Seremban. Dastar ini dibina oleh Dato’ Besar Muhammad Ibrahim atau Dato’ Laksamana Suhur Tiga Batu dari Suku Tiga Batu. Beliau membina Dastar untuk pakaian rasmi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhammad Ibni Almarhum Tuanku Antah, antara tahun 1898 hingga 1933. Dari dastar tersebut anda hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk tiba di Ulu Bendul.

Kampung ini terletak di tepi jalan raya Seremban ke Kuala Pilah dan jaraknya dengan tempat rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul hanya lima kilometer. Kampung Ulu Bendul dan kampung-kampung lain seperti Kampung Gedang dan beberapa kampung lain mempunyai kemudahan jalan raya yang baik untuk memudahkan perhubungan. Jarak kampung Ulu Bendul dari Bandar Kuala Pilah ialah 20 km.

Tempatnya yang berbukit bukau dan ada kalanya landai, malah dengan tekstur tanah liatnya, Kuala Pilah terkenal dengan kegiatan pertaniannya yang membanggakan seperti tanaman buah naga, padi dan getah.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK