Perkhidmatan Landskap
ekorasi taman yang menarik ditambah dengan bunga pelbagai jenis pastinya menjadi idaman setiap orang. Sejuk mata memandang melihat halaman rumah yang sedemikian rupa. Perniagaan Sri Pilah menawarkan anda perkhidmatan untuk landskap taman idaman anda.
Perniagaan Sri Pilah terletak tidak jauh dari Hutan Lipur Ulu Bendul. Di sini terdapat kolam fiber yang dijual dengan harga RM25,000. Kolam fiber ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan kolam simen antaranya kolam fiber mudah dialihkan, ringan dan mudah diselenggarakan. Jika anda berminat, anda bolehlah membuat tempahan dan kolam fiber anda akan siap dalam masa tiga hari.
| |
 |
| |
| Lanskap desa yang dikelilingi kehijauan alam |
|
Selain daripada kolam fiber yang menjadi perhatian ramai, di sini juga terjual pelbagai jenis pokok seperti pokok kurma atau nama saintifiknya “Datespalm”, palma, bongsai, orkid, pinang merah atau kuning dan banyak lagi. Semuanya terjual dengan harga yang murah dan berpatutan. Malah di sini juga ada dijual pasu dan pelbagai jenis tanah untuk penanaman pokok antaranya tanah hitam dan barang-barang landskap lain.
Pengusahanya, Mohammad Azim Alias yang merupakan anak kelahiran Kuala Pilah telah berjaya membuka beberapa cawangan nurseri di dalam Negeri Sembilan dan Sri Pilah adalah terbaru yang mula bertapak kira-kira setahun lalu. Sri Pilah mempunyai lapan orang pekerja yang akan membantu anda tidak kira dari segi khidmat nasihat mahupun soal pembelian. |