Berkhidmat Untuk Kampung
ika menghadapi masalah kesihatan, penduduk di Mukim Terachi mendapatkan bantuan perubatan di Klinik Kesihatan Terachi. Antara perkhidmatan yang disediakan seperti rawatan untuk pesakit luar, klinik ibu dan anak, ujian HIV untuk pasangan pengantin dan HIV tanpa nama. Terdapat juga program pos natal di mana pegawai perubatan akan pergi ke rumah orang-orang lepas bersalin untuk memberikan bantuan dari segi khidmat nasihat penjagaan diri.
 |
| Rawatan perubatan terhadap warga emas amat dititikberatkan |
|
Selepas jam 5.00 petang, terdapat dua orang pegawai perubatan yang bertugas untuk mengendalikan kes-kes kecemasan terutama yang berkaitan kemalangan. Pada setiap bulan, Klinik Kesihatan Terachi akan menghantar pegawai perubatan ke Kampung Langkap untuk memberikan rawatan kepada penduduk orang asli di sana.
Antara program lain yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Terachi ialah senamrobik yang diadakan seminggu sekali pada petang hari Khamis. Penduduk kampung dialu-alukan untuk menyertai aktiviti senamrobik. Di klinik ini juga tersedia farmasi dan makmal ujian darah dan air kencing. Malah terdapat juga program bersama pihak sekolah yang diadakan untuk menarik minat murid-murid sekolah dengan profesion kedoktoran.
|