Gandingan Polis, Bomba dan RELA

K
"...memberikan khidmat mencegah dan memadam kebakaran, menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta memberi khidmat kemanusiaan dengan cekap dan berkesan."  
   

eselamatan merupakan satu aspek penting yang perlu diambil berat walau di mana sekalipun kita berada. Lantaran pentingnya keselamatan kepada setiap individu, adalah menjadi peranan sesebuah organisasi di mana kita menetap, menyediakan kawalan keselamatan bagi memastikan segala-galanya berada dalam keadaan terkawal. Di Kampung Ulu Bendul, pantauan keselamatan di sini dilakukan oleh Pegawai Polis dari Balai Polis Terachi.

Jika berlaku kebakaran dan kecemasan yang melibatkan anggota penyelamat selain daripada polis, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah menjadi rujukan penduduk di Mukim Terachi. Pasukan Bomba dan Penyelamat bertindak dalam memberikan khidmat mencegah dan memadam kebakaran, menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta memberi khidmat kemanusiaan dengan cekap dan berkesan.

Berhampiran jalan utama

Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) juga turut membantu untuk menjaga keamanan kampung. RELA yang berpusat di Kuala Lipis, ditugaskan untuk mengadakan rondaan bersama-sama dengan anggota polis mengikut jadual yang telah ditetapkan. Mereka juga membantu bagi memantau kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang semakin membanjiri negara kita termasuk dalam membantu pihak polis membuat sekatan jalan.

 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK