Prasarana Untuk Kemudahan Bersama
emudahan asas dan awam telah tersedia dengan sempurna di kawasan perkampungan tanpa dapat disangkal lagi. Setiap rumah di Kampung Ulu Bendul dan sekitarnya mempunyai bekalan air dan elektrik yang lengkap. Malahan hampir seluruh penduduk, mempunyai telefon persendirian yang dipasang di rumah masing-masing.
Kemudahan-kemudahan asas lain termasuklah masjid, surau, sekolah dan Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) juga tersedia di kampung ini. Malahan majlis-majlis atau keramaian yang melibatkan kehadiran Yang Berhormat selalu disambut di balai raya sedia ada.
Malah terdapat pengangkutan awam untuk kemudahan bersama iaitu bas dan teksi yang boleh didapati di bandar Seremban. |