Muafakat Membawa Berkat
| "...sekiranya terdapat apa-apa majlis seperti majlis “berendui” atau potong jambul, mereka akan berkumpul di dalam majlis tersebut dengan mendendangkan syair yang liriknya hampir sama dengan marhaban dan berzanji. " |
|
| |
|
ampung Ulu Bendul terletak bersebelahan dengan Kampung Gedang diikuti dengan Kampung Sawah Liat dan Kampung Limau Purut. Kampung-kampung ini terletak berhampiran di antara satu sama lain. Perhubungan yang baik antara penduduk kampung dapat dilihat melalui cara mereka berkomunikasi. Lantaran berkongsi adat yang sama, sekiranya terdapat apa-apa majlis seperti majlis “berendui” atau potong jambul, mereka akan berkumpul di dalam majlis tersebut dengan mendendangkan syair yang liriknya hampir sama dengan marhaban dan berzanji.
Jika dilihat melalui aspek ekonomi pula, penduduk-penduduk di kampung ini mempunyai sumber pendapatan yang lebih kurang sama dengan penduduk di Kampung Ulu Bendul. Majoritinya ramai yang bekerja di dalam sektor kerajaan dan swasta. Mereka juga bekerja di bandar-bandar besar seperti Seremban dan Kuala Lumpur.
Ada juga yang bertani dan menternak namun ia dijadikan sumber pendapatan sampingan. Namun jika anda melalui perkampungan ini dan melihat banyak tanaman buah naga, ia adalah usaha oleh kaum Cina yang telah menyewa tanah sawah orang-orang Melayu. Penduduk Melayu di kampung ini juga ada yang bekerja di ladang-ladang buah naga tersebut. Namun ada juga yang masih bersawah. Berbanding di negeri jelapang padi, sawah di sini ditanam setahun sekali dan bukannya dua kali setahun.
|