Kerjasama Membangunkan Kampung

A

hli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) Kampung Gedang merupakan JKKK kampung yang bersebelahan dengan Kampung Ulu Bendul. Ia dipengerusikan oleh Muhammad Sail. Beliau juga merupakan Ketua Kampung bagi Kampung Gedang. Beliau dibantu oleh anaknya selaku Bendahari iaitu, Azman Muhammad dan juga Mohd Radwan sebagai Setiausaha. Objektif sebenar JKKK ditubuhkan ialah untuk membantu kampung tersebut membangun dari segenap segi.

Antara biro yang telah ditubuhkan ialah Biro Ekonomi dan Biro Pembangunan, Biro Kebajikan Masyarakat dan Keselamatan. Terdapat juga biro-biro lain iaitu biro Pertanian yang bertanggungjawab menjana ekonomi penduduk setempat , Biro Belia dan Sukan serta Biro Wanita, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

 
 
Wajah seorang pemimpin masyarakat

Walaupun biro-biro ini telah diagihkan dengan tanggungjawab masing-masing namun keistimewaan untuk Kampung Gedang kerana memiliki JKKK yang sentiasa bekerjasama dan berusaha keras untuk memajukan kampung. Sikap tidak pernah berkira ini menjadikan Kampung Gedang antara kampung yang berjaya. Ia pernah memenangi pertandingan kampung tercantik dan hadiah yang dimenangi berupa projek pembinaan pintu gerbang untuk tiga buah kampung di bawah JKKK kampung Gedang antaranya Kampung Sawah Liat.

JKKK juga berperanan dalam memastikan projek-projek yang telah diberikan oleh kerajaan untuk membangunkan kampung dilaksanakan bagi kemudahan rakyat. Malahan JKKK ini baru sahaja mengadakan aktiviti yang dinamakan “Malam Tautan Kasih” di mana terdapat pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi sebagai anak angkat dan juga ibu-ibu tunggal di kampung ini.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK