m
 
 
   
   

Pelbagai Cara Mencari Rezeki

P

enduduk Kampung Ulu Bendul mengikut arus kemodenan dengan tidak lagi terlalu mengamalkan cara lama iaitu bertani bagi menyara keluarga. Lantaran itu, ramai anak-anak muda dari kampung ini bekerja di dalam sektor kerajaan dan juga swasta seperti di Seremban dan juga Kuala Lumpur. Namun ada juga penduduk di sini yang masih lagi menjalankan aktiviti pertanian seperti penanaman getah.

Kampung Ulu Bendul terletak berdekatan dengan tempat rekreasi dan juga tempat bersejarah, Muzium Diraja Seri Menanti turut memberikan peluang kepada penduduk kampung untuk menambah rezeki dengan berjualan di tepi-tepi jalan.

 
 
Pelbagai jenis makanan ringan boleh didapati di gerai ini

 

Malahan ada yang menyewa kedai di Hutan Lipur Ulu Bendul untuk berniaga makanan. Mereka yang berniaga di Hutan Lipur Ulu Bendul kebanyakannya penduduk dari Ulu Bendul. Mereka memanfaatkan tempat riadah berhampiran dengan tempat tinggal. Penduduk kampung menggunakan kebolehan memasak sebagai sumber pendapatan utama.

Selain itu, ada juga penduduk kampung membuat kuih-muih tradisional di rumah untuk dijual di Pekan Ahad, Tanjung Ipoh. Antara makanan tradisional yang dijual ialah kuih kuaci, kuih goyang atau ros, lemang, wajik, dodol (penganan) dan tapai. Di Pekan Ahad jugal tanaman kontan seperti pucuk paku dan rebung yang segar boleh didapati.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK