| |
Ulu Bendul terletak di Mukim Terachi Negeri Sembilan. Sebuah perkampungan yang penduduknya masih lagi berpegang kuat kepada Adat Perpatih yang diwarisi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, pelantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan hidup bermasyarakat. Menerusi sistem hidup bermasyarakat, terdapat peraturan khusus di mana boleh menghukum mereka yang melanggar adat resam. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.
Ulu Bendul juga terkenal dengan Hutan Lipur Ulu Bendul. Selain airnya yang dingin untuk bermandi manda, ia juga tempat untuk melakukan aktiviti riadah seperti perkhemahan dan juga kem motivasi. Bagi mereka yang meminati aktiviti lasak, terdapat aktiviti Jungle Tracking untuk mendaki Gunung Angsi. Untuk sampai ke puncak, pengunjung boleh memulakan pendakian melalui hutan lipur dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. |