Bersukan Merapatkan Silaturahim
ersukan, selain bagus untuk kesihatan ia bertujuan merapatkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat. Lantaran itu, beberapa kampung di Mukim Terachi termasuklah Ulu Bendul bergabung dalam memastikan mereka akan menjadi johan dalam Kejohanan Piala Yang Berhormat yang akan dipertandingkan dalam masa yang terdekat ini.
| |
 |
| |
| Bola sepak diminati oleh kaum belia |
|
Berbekalkan semangat kesukanan yang tinggi, muda-mudi kampung sepakat mengadakan latihan pada setiap petang bagi memastikan segala teknik permainan dapat dikuasai sebelum menentang pihak lawan. Mereka dilatih oleh seorang belia yang dikenali sebagai Baharin. Perlawanan bola jaring turut dipertandingkan pada perlawanan itu nanti.
Selain bersukan, belia di Kampung Ulu Bendul juga aktif di dalam Gerakan Belia 4B. Malahan di Mukim Terachi ini, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) amat mengambil berat akan penyertaan golongan muda. Malah terdapat kempen “Satu JKKK, Satu Belia” bagi memastikan golongan belia mendapat perhatian yang sewajarnya.
|