Meningkatkan Ilmu Pengetahuan

P
 
 
Ruang di dalam perpustakaan yang besar dan selesa untuk menelaah pelajaran

rogram Perkhidmatan Sejagat (USP) dilaksanakan secara berperingkat-peringkat oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama beberapa jabatan  dan agensi kerajaan yang lain. Program ini juga melibatkan pihak swasta antara lain bertujuan menyediakan kemudahan teknologi maklumat (IT) di kawasan-kawasan terpilih, kebanyakannya di luar bandar. Melalui kemudahan-kemudahan dan peralatan yang diberi  ia diharap dapat merapatkan jurang maklumat antara masyarakat desa dan bandar. Bagi melancarkan program ini, premis-premis perpustakaan akan digunakan.  Di Temerloh, Perpustakaan Awam Temerloh telah dipilih untuk menjayakan program ini dan  telah dibekalkan dengan peralatan komputer dan juga akses Internet jalur lebar. Perkhidmatannya boleh digunakan oleh orang ramai secara percuma.

Perpustakaan Awam Daerah Temerloh terletak di Jalan Dato’ Awang Ngah, bersebelahan Mahkamah Tinggi Temerloh. Ia dirasmikan oleh Tan Sri Sabbaruddin Chik, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada 25 Julai 1998. Antara tujuan penubuhan perpustakaan ini adalah untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan di kalangan penduduk.

Perpustakaan awam ini terletak di tengah-tengah Bandar Temerloh. Kedudukannya yang strategik memudahkan orang ramai berkunjung sama ada menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam yang disediakan. Kanak-kanak yang ingin menjadi ahli dikenakan bayaran sebanyak RM7.00 manakala golongan belia dan dewasa dikenakan bayaran sebanyak RM9.00 dan RM12.00 untuk seumur hidup.

 
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh terletak di Jalan Dato’ Awang Ngah
 

Perpustakaan ini dibahagikan kepada ruangan membaca untuk kanak-kanak dan bahagian rujukan orang dewasa. Ruang perpustakaan yang besar, selesa dan sesuai untuk menelaah pelajaran menjadi tarikan pelajar sekolah untuk datang ke sini usai sesi persekolahan.

Buku-buku rujukan yang disusun mengikut Sistem Pengkelasan Dewey memudahkan pengguna mengakses maklumat dan bahan dengan mudah dan cepat. Selain itu terdapat juga ruangan koleksi khas yang menempatkan koleksi surat khabar, majalah dan risalah-risalah yang berkaitan dengan bidang ilmiah untuk tatapan pengunjung.

 
 
Empat buah komputer disediakan selain kemudahan Internet untuk kemudahan pengunjung

Sebanyak empat buah komputer disediakan berserta kemudahan Internet untuk kemudahan pengunjung mengakses maklumat. Menurut Siti Norbaya Ahmad Patanah yang merupakan Ketua Perpustakaan Daerah Temerloh, beliau merancang untuk menambahkan bilangan komputer yang ada. Pelbagai aktiviti dianjurkan di perpustakaan ini antaranya kelas komputer, kelas Internet dan kuiz info hunt.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK