172,000 Penduduk

M

engikut kajian pada tahun 2002, kira-kira 172,000 orang menetap di Bandar Temerloh. Majoriti penduduk adalah kaum Melayu yang menetap di kampung-kampung tradisi sekitar Daerah Temerloh. Kaum Cina pula selesa tinggal di taman-taman perumahan serta di Kampung Baru Cina.

 
Majoriti penduduk Temerloh berbangsa Melayu dan kebanyakan mereka menetap di kampung-kampung berhampiran
 

Kebanyakan masyarakat Melayu di kampung membina rumah mereka secara berderet di pinggir-pinggir jalan. Ada juga yang tinggal secara berkelompok dan bertaburan di seluruh kawasan kampung. Kehidupan mereka masih lagi berteraskan kepada warisan Melayu tradisional seperti budaya ziarah-menziarahi, memberi salam dan bergotong-royong dalam setiap kenduri-kendera di kampung. Semangat kejiranan juga masih menebal di kalangan penduduk kampung.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK