“Akhlak Membentuk Manusia”

A

ntara sekolah yang paling awal ditubuhkan di Negeri Pahang ialah Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh atau lebih dikenali Abu Bakar School (ABS). Ia ditubuhkan pada tahun 1948 dan Pengetua pertama ialah S. Sivapakiam. Berlandaskan moto “Akhlak Membentuk Manusia”, sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh terkenal seperti Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan Azmi Ibrahim yang merupakan bekas pelari pecut negara.

ABS mempunyai dua sesi persekolahan di mana sesi pagi dikhaskan untuk para pelajar tingkatan tiga hingga lima dan enam. ABS merupakan salah sebuah sekolah yang mencapai tahap kecemerlangan paling tinggi dalam Daerah Temerloh. Selain bidang akademik, ABS juga cemerlang dalam bidang sukan. Ramai atlet negara dilahirkan di sini terutamanya dalam bidang olahraga, bola sepak dan tenis. Sekolah ini turut menyediakan kemudahan asrama dan trek khas untuk atlet olahraga berlatih.

Keunikan ABS berbanding dengan sekolah-sekolah lain di Daerah Temerloh ialah terdapat sebuah Kelas Rancangan Khas (KRK). KRK ditubuhkan untuk menempatkan para pelajar yang cemerlang dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) tetapi tidak berjaya menempatkan diri di sekolah berasrama penuh. Tenaga pengajar KRK terdiri daripada guru-guru cemerlang sekitar Negeri Pahang. Sekolah-sekolah lain yang turut terdapat di sini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Sekolah Rendah Kebangsaan Bangau, Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Kee Chee.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK