Gulai Ikan Patin

B
 
 
Pak Usop atau Adnan Mamat bercerita tentang penglibatan beliau dalam dunia perniagaan

andar Temerloh sememangnya terkenal dengan masakan gulai tempoyak ikan patin yang menyebabkan ia sering dikunjungi oleh penduduk di luar kawasan Pahang. Antara gerai yang terkenal ialah Gerai Makan Pak Usop yang terletak di Lurah Semantan. Ada yang sanggup datang dari Kuala Lumpur, Perak, Kelantan dan Terengganu semata-mata untuk merasai keenakan gulai tempoyak ikan patin ini. Pendek kata sesiapa sahaja yang pernah merasai gulai tempoyak ikan patin Pak Usop pasti tidak dapat melupakannya!

Pak Usop atau nama sebenarnya Adnan Mamat kini berusia 60 tahun.

 
Siapa sahaja tidak dapat menyangkal kelazatan gulai tempoyak ikan patin Pak Usop
 

Usia yang semakin lanjut tidak menghalang beliau dari terus berkecimpung dalam dunia perniagaan. Malah, gulai tempoyak yang menjadi kegemaran ramai dimasaknya sendiri. Gerai makan yang telah dibuka sejak 30 tahun lalu diusahakan bersama keluarganya dan boleh memperoleh pendapatan harian sehingga RM1,000.00.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK