Keenakan Ikan Patin

B
 
 
Perahu tambang digunakan oleh penduduk Temerloh untuk ke kampung seberang

andar Temerloh dan ikan patin memang tidak boleh dipisahkan. Ramai pengunjung dari luar Negeri Pahang sanggup datang ke sini semata-mata hanya untuk merasai keenakan masakan gulai ikan patin Temerloh. Pelbagai menu dari ikan patin juga boleh didapati di sekitar bandar ini.

Bandar Temerloh terletak di tengah Negeri Pahang Darul Makmur dan berada di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Bandar Temerloh boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bandar baru dan bandar lama. Bandar lama terletak di sepanjang tebing Sungai Pahang manakala bandar baru terletak agak jauh dari sungai. Antara keunikan Bandar Temerloh ialah sistem perhubungannya yang masih mengekalkan pengangkutan perahu tambang. Penumpang akan menanti perahu-perahu tambang ini di sebuah pangkalan khas yang lebih dikenali sebagai Esplanade Temerloh. Harga tambang yang dikenakan ialah RM1.00 seorang.

 
Antara gerai makan yang terkenal ialah Gerai Makan Pak Usop terletak di tebing Sungai Pahang
 

Perpustakaan Awam Daerah Temerloh terletak bersebelahan dengan Mahkamah Tinggi Temerloh. Kedudukannya yang strategik di tengah bandar memudahkan orang ramai untuk berkunjung ke perpustakaan ini. Ia dirasmikan pada 1998 oleh Tan Sri Sabbaruddin Chik, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan ketika itu.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK