Kraf Tangan Kayu
| |
 |
| |
| Muhaimin Hasbollah dibantu oleh enam orang pekerja mahir |
|
erdapat sebuah perusahaan ukiran berasaskan kayu yang terkenal di Kampung Bangau Tanjung. Inakraf Woodcraft Industry terletak di Lot 511, Bangau Tanjung boleh ditemui kira-kira 10 hingga ke 15 minit perjalanan dari Bandar Temerloh. Inakraf adalah hasil usaha sama dan titik peluh pasangan suami isteri, Muhaimin Hasbollah dan Zarina Awang Samah yang telah diusahakan sejak 1992. Pasangan yang dikurniakan dengan bakat semula jadi telah meneruskan seni ukiran yang semakin pupus di samping mendapat latihan menerusi Perbadanan Kraf Tangan Malaysia.
| “Inakraf Woodcraft Industry menjadi pewaris seni ukiran yang semakin pupus ditelan zaman” |
|
| |
|
Antara jenis kayu yang digunakan ialah Cengal, Meranti, Jelutong dan juga Nyatuh. Pemilihan kayu bergantung kepada tempahan dan permintaan pelanggan. Antara ukiran yang pernah dihasilkan oleh Inakraf ialah ukiran hiasan Dewan Parlimen dan Istana Alam Shah. Inakraf turut mendapat tempahan dari luar negara seperti ukiran hiasan untuk sebuah restoran Melayu di Tokyo, Jepun. Beliau kini dibantu oleh enam orang pekerja yang turut mahir dalam bidang ukiran. Kadangkala pelajar praktikal dari Perbadanan Kraf Tangan Malaysia turut menjalani latihan di sini.
 |
|
| Cengal, meranti, jelutong dan juga nyatuh, antara jenis kayu yang digunakan dalam ukiran |
|
|
Hasil sesuatu tempahan, boleh menjangkau sehingga RM200,000 bergantung pada kriteria tertentu Setakat ini, permintaan daripada pelanggan tidak putus-putus dan beliau bersama pekerja-pekerja tidak pernah menang tangan. Beliau turut mendapat bantuan peralatan mesin daripada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.
|