Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
| |
 |
| |
| Hospital di mana penduduk Temerloh mendapatkan rawatan kesihatan |
|
epadatan penduduk yang semakin bertambah di Daerah Temerloh menjadikan keperluan untuk perkhidmatan kesihatan juga semakin meningkat. Sekiranya dahulu penduduk lebih tertumpu di Hospital Mentakab, namun setelah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) dibina pada 15 Januari 2005, rata-rata penduduk memilih hospital ini untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Hospital ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden dan canggih. Ia mula beroperasi pada bulan Mac 2005 dan dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah. pada 27 Mac 2006.
 |
|
| Terletak kira-kira lima kilometer dari kawasan Bandar Temerloh iaitu selepas Jambatan Temerloh |
|
|
Terletak kira-kira lima kilometer dari Bandar Temerloh selepas Jambatan Temerloh, hospital ini menyediakan pelbagai jenis rawatan kesihatan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah farmasi, patologi, rehabilitasi, pengimejan dan radiologi (X-ray), perubatan am, obstetrik dan ginekologi (sakit puan) dan pediatrik atau kanak-kanak.
Walaupun pesakit luar diberi perkhidmatan percuma namun bayaran minimum dikenakan bagi kes-kes yang dimasukkan ke wad. Deposit perubatan wad kelas tiga ialah sebanyak RM20.00 manakala untuk kelas kedua ialah RM200.00. Bagi pesara kerajaan yang dimasukkan ke wad kelas tiga adalah percuma jika dapat menunjukkan Kad Pesara kepada hospital.
Selain HoSHAS, terdapat beberapa klinik lain yang turut menawarkan perkhidmatan kesihatan seperti Poliklinik Masyarakat Temerloh. Walaupun peralatan di poliklinik ini tidak selengkap HoSHAS, namun ia tetap menjadi tumpuan penduduk yang memerlukan rawatan kesihatan.
|