Keharmonian Hidup

K
 
 
Pelbagai kes jenayah berjaya dibanteras

eselamatan antara faktor penting dalam memastikan keharmonian hidup masyarakat. Terdapat beberapa jabatan yang ditubuhkan untuk menjaga aspek keselamatan dan kesejahteraan penduduk di Temerloh dan kawasan-kawasan yang dipertanggungjawabkan. Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh terletak di Jalan Ahmad Shah. Diketuai oleh Penolong Kanan Pegawai Bomba (PKPgB) Mohd. Shafie Khamis, balai bomba ini terletak bersebelahan Majlis Perbandaran Temerloh di tengah-tengah pusat bandar. 

Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh diketuai oleh Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed serta dibantu oleh beberapa orang pegawai dan anggota biasa. Beberapa kejayaan pihak polis di sini antaranya menyelesaikan kes geng samun rumah mewah dan sindiket pengedaran dadah yang berjaya ditumpaskan pada bulan Januari 2008.

 
Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh yang terletak di Jalan Ahmad Shah
 

Agensi atau pertubuhan sukarela turut memainkan peranan dalam menjaga soal keselamatan. Penubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) telah memainkan peranan yang baik dalam membantu pihak polis dan bomba. RELA juga bertanggungjawab terhadap keamanan kampung. Di Temerloh, kaum wanita turut tidak terkecuali menjaga keselamatan penduduk yang biasanya terlibat dalam urusan pentadbiran RELA.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK