Program Air Bersih
eperluan asas sememangnya sangat penting demi melancarkan perjalanan hidup. Lebih kurang 97 peratus penduduk di Daerah Temerloh mendapat bekalan air bersih yang dikendalikan oleh Jabatan Bekalan Air Pahang. Namun bagi kawasan-kawasan terpencil, bekalan air dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah melalui Program Bekalan Air Masyarakat.
Dari segi perhubungan komunikasi, sebahagian besar kawasan di Daerah Temerloh diselenggarakan oleh TM Berhad dan pelbagai syarikat telekomunikasi swasta. TM Berhad mempunyai kira-kira lapan buah menara pencawang di kawasan ini. Namun disebabkan penempatan penduduk agak bertaburan, terdapat masalah untuk menyediakan perkhidmatan tetap ini. Walau bagaimanapun, penduduk lebih cenderung memilih talian telefon bimbit kerana peralatan itu telah menjadi gaya hidup masa kini.
Bagi tujuan pengangkutan, terdapat sebuah stesen bas yang menyediakan perkhidmatan bas ke kawasan-kawasan sekitar seperti Bera, Maran, Jengka dan juga Bentong. Selain itu, terdapat juga sebuah terminal bas ekspres yang menyediakan perkhidmatan bas-bas ekspres ke seluruh negeri termasuk Singapura. Sebuah terminal teksi turut disediakan bersebelahan Stesen Bas Temerloh.
|