Kaya Dengan Kampung Tradisi

B
 
“Kampung Cengal merupakan tempat kelahiran penghibur nombor satu negara, iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad”
   

andar Temerloh masih kaya dengan kampung-kampung tradisi. Antara kampung-kampung yang masih mengekalkan ciri-ciri Melayu tradisional ialah Kampung Batu Satu dan Kampung Haji Ali yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Bandar Temerloh. Kampung Cengal yang merupakan tempat kelahiran Allahyarham Sudirman Haji Arshad, juga terletak tidak jauh dari sini.

Selain itu, terdapat beberapa buah taman perumahan yang menempatkan penduduk secara berpusat. Antaranya ialah Taman Temerloh Jaya, Taman Seri Semantan dan Taman Seri Kemuning. Taman-taman perumahan ini dibina di sekeliling Bandar Temerloh.

 
Temerloh masih kaya dengan kampung-kampung tradisi yang terletak di merata tempat
 

Antara aktiviti-aktiviti yang merapatkan hubungan antara penduduk kampung dan taman perumahan ialah urusan perniagaan dan keperluan harian. Misalnya penduduk di Kampung Bangau Parit mendapatkan barangan keperluan harian dan melakukan urusan kewangan di Bandar Temerloh.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK