Pelbagai Jabatan Kerajaan
| |
 |
| |
| Kewujudan pelbagai jabatan kerajaan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Temerloh |
|
ewujudan pelbagai jabatan kerajaan di sekitar Bandar Temerloh menyebabkan kebanyakan penduduk memilih untuk bekerja di sektor kerajaan seperti Majlis Perbandaran Temerloh, Pejabat Daerah Temerloh, Perpustakaan Daerah Temerloh dan jabatan kerajaan yang lain. Masa depan yang terjamin serta pelbagai faedah yang bakal diperoleh sebagai kakitangan kerajaan merupakan antara faktor penduduk di bandar ikan patin ini memilih untuk bekerja di sektor kerajaan.
Selain itu, ada juga penduduk yang bekerja sendiri. Bagi penduduk yang tinggal di kampung-kampung tradisional, pertanian giat diusahakan sama ada secara individu atau berkelompok. Selain itu, aktiviti yang menjerumuskan kepada hasil produk kampung seperti pengukiran dan penternakan ikan patin dalam sangkar turut dijadikan pekerjaan utama penduduk.
|