Lukisan Kreatif

S
 
 
Mohd Hanis Husin menggunakan bakat beliau dalam seni sebagai punca pendapatan

ekiranya anda pernah makan di sebuah kedai mamak yang dipanggil downtown oleh penduduk tempatan, anda pasti tidak akan terlepas pandang sebuah seni grafiti yang menarik. Walaupun lukisan ini dianggap vandalisme oleh sesetengah pihak namun mesej yang disampaikan berunsur positif. Kini, pelbagai pihak mula menghargai para belia yang berbakat dalam bidang seni.

Seorang belia yang berminat dalam seni grafiti tidak mensia-siakan bakat dan kreativiti yang dikurniakan kepadanya. Mohd Hanis Husin yang berumur 29 tahun merupakan pemegang Ijazah Teknologi Maklumat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Kecenderungan dalam bidang grafik dan seni menyebabkan beliau menjadikan bidang tersebut sebagai sumber pendapatan.

 
Pelbagai hasil seni seperti cenderamata, baju-baju yang direka oleh Mohd Hanis
 

Beliau membuka perniagaan menjual pelbagai hasil seni seperti cenderamata, baju-baju yang direkanya sendiri dan pelbagai jenis barangan seni yang lain. Gerai barangan beliau terletak di aras bawah Bazar Lurah Semantan. Turut dibantu oleh dua orang pekerja, beliau memperoleh pendapatan sehingga RM5,000 sebulan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK