Program KUNITA
idak dinafikan, golongan wanita memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi sampingan sesebuah keluarga. Oleh itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) meranacang pelbagai aktiviti agar golongan wanita dapat bergerak maju. Ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan yang inginkan wanita berdaya saing.
Kumpulan Wanita Nelayan
Aktiviti-aktiviti wanita diuruskan oleh Biro Wanita yang sentiasa aktif dan berpandangan positif untuk memajukan kaum wanita. Selain itu, terdapat juga persatuan wanita iaitu Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA). KUNITA diketuai oleh Wan Hamidah Wan Abdul Hamid di mana anggotanya terdiri daripada isteri-isteri nelayan Kampung Telok Mas. Persatuan ini menjaga kebajikan isteri-isteri nelayan yang menjadi ahli persatuan. Mereka sering bermesyuarat dan berbincang untuk menangani segala masalah yang timbul. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah memproses ikan kering, membuat cencalok, membuat bebola ikan dan ketam.
Golongan wanita juga turut mementingkan keagamaan. Antara aktiviti yang sering diadakan ini ialah kelas berzanji, nasyid, marhaban, bacaan Yasin dan kelas Fardu Ain. Aktiviti ini diadakan setiap minggu dan diketuai oleh seorang guru agama wanita yang berpengalaman.
Kraf Tangan Padang Temu
| |
 |
| |
| Teknik membuat bakul telur dari surat khabar |
|
Golongan wanita di Kampung Pandang Temu giat melakukan kraf tangan yang unik. Mereka menggunakan surat khabar sebagai bahan utamanya. Surat khabar di digulung dan dianyam menjadi bekas. Bekas-bekas tadi diwarna agar kelihatan cantik. Antara bekas-bekas yang dihasilkan seperti bakul telur, pasu bunga dan barangan hiasan rumah.
|