Aktiviti Menjana Minda
| |
 |
| |
| Perpustakaan Desa Pekan Telok Mas indah tersergam menanti kunjungan |
|
ktiviti Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) merupakan salah satu program yang dikelolakan oleh kerajaan bertujuan merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar.
Perpustakaan Desa Pekan Telok Mas antara salah satu perpustakaan yang menyediakan kemudahan Internet. Sambutan daripada penduduk setempat cukup menggalakkan. Suzanliza Ghazali selaku penyelia di perpustakaan berpendapat kemudahan ini telah memberi banyak manfaat kepada golongan belia terutamanya dan golongan kanak-kanak amnya. Pelbagai aktiviti diadakan di perpustakaan ini seperti program Kembara Ilmu dianjurkan secara usahasama dengan mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysia (UITM) cawangan Alor Gajah.
 |
|
| Suzanliza Ghazali, penyelia perpustakaan yang mesra melayan pengunjung |
|
|
Program seumpama ini mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada para pelajar Sekolah Kebangsaan Telok Mas, Sekolah Kebangsaan Alai dan Tadika KEMAS. Pelbagai aktiviti menarik yang lain juga diadakan seperti pertandingan mewarna, bercerita dan kuiz kemerdekaan.
|