Penduduk Pelbagai Kaum

M

enurut Kamaruddin Sahari, dianggarkan seramai 5,000 orang menetap di Kampung Telok Mas. Kamaruddin ialah Setiausaha kepada YB Datuk Latiff Tamby Chik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas. Penduduknya terdiri dari pelbagai lapisan umur dan peringkat. Namun begitu, golongan belia adalah yang paling ramai, dianggarkan kira-kira 1,500 orang. Kebanyakan penduduk di sini adalah kaum Melayu diikuti kaum Cina dan India. Rumah-rumah di Kampung Telok Mas dibina secara berderet dan rumah teres setingkat. Kebanyakannya adalah rumah-rumah moden dan tidak terkecuali rumah-rumah tradisional.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK