Cendawan Tiram

U
 
 
Bestari menunjukkan cara-cara menanam cendawan tiram di dalam botol

saha gigih sepasang suami isteri telah memberikan keuntungan berlipat ganda di atas ketekunannya mengusahakan tanaman cendawan tiram. Cendawan tiram kini mendapat tempat di dalam menu harian kita kerana rasanya yang enak di samping mempunyai khasiat yang baik. Bestari Mahwal dan isterinya telah mengusahakan tanaman cendawan tiram di dalam pondok bermula pada tahun 2005. Ilham untuk menanam cendawan tiram timbul apabila beliau melihat cendawan tiram di Melaka semakin berkurangan.

Bagi menyahut saranan kerajaan untuk menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan, beliau memilih Cendawan Tiram sebagai pilihan. Beliau mendapat bantuan berupa sebuah pondok yang diberikan oleh Jabatan Pertanian. Kini beliau sudah mampu membuka sebuah lagi pondok memproses cendawan di hadapan rumahnya. Kini dianggarkan satu hari beliau mampu menghasilkan 30 paket cendawan. Cendawan-cendawan ini dihantar setiap hari kepada pengusaha restoran dan pasar. Keenakan Cendawan Tiram pasti memikat selera anda yang meminati sup cendawan.

 
Seoarang pekerja mengutip cendawan
 

Di samping itu, Bestari juga mengusahakan tanaman sayur-sayuran secara besar-besaran. Antara tanaman beliau seperti cili, kacang bendi dan terung. Segala usaha gigih yang diberikan oleh beliau mendapat perhatian dari Jabatan Pertanian Melaka. Kini beliau menjadi pembekal utama sayur-sayuran segar dari ladang kepada restoran dan pasar-pasar sekitar.

 

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK