Ilmu Tangga Kejayaan

S

ekolah merupakan tempat menimba ilmu yang paling asas, di mana anak-anak akan berlatih dari pendidikan prasekolah menuju ke sekolah rendah seterusnya ke sekolah menengah dan akhirnya ke menara gading. Terdapat beberapa buah sekolah di sini seperti Sekolah Rendah Teluk Mas, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuang Yah dan Sekolah Menengah Telok Mas. Sebuah sekolah agama berasrama penuh juga terdapat di kampung ini dan memang tidak asing serta menjadi kegilaan pelajar untuk bersekolah di situ. Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sharifah Rodziah.

  "Sekolah merupakan tempat menimba ilmu yang paling asas, di mana anak-anak akan berlatih dari pendidikan prasekolah menuju ke sekolah rendah seterusnya ke sekolah menengah dan akhirnya ke menara gading."
   

Sekolah Menengah Telok Mas menyediakan kemudahan asrama bagi pelajar-pelajar yang tinggal di luar Telok Mas. Pada tahun 2005, Sekolah Telok Mas telah memenangi Pertandingan Asrama Cemerlang Kategori Bandar yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sesuatu yang jarang dtemui di tempat-tempat lain ialah sebuah sekolah pemulihan akhlak bernama Sekolah Henry Gurney. Sekolah ini diletakkan di bawah kawalan Jabatan Penjara Malaysia. Walaupun pada dasarnya, sekolah ini menawarkan pelajaran akademik seperti sekolah biasa, namun mereka yang “terpilih” sahaja yang boleh memasuki sekolah ini. Sekolah ini bukanlah sama seperti sekolah-sekolah yang biasa kerana pelajar yang belajar di sini adalah di atas perintah mahkamah dan akan berada di situ sehingga umur 21 tahun. Di samping pelajaran akademik, sekolah ini juga menyedikan kelas-kelas asas kemahiran kepada para juvana.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK