Pusat Peranginan Pulau Besar
uasana di persisiran muara Sungai Umbai indah dan permai. Suasana tenang ini menggamit pengunjung untuk datang ke Medan Ikan Bakar Umbai-Pernu yang terletak di muara Sungai Umbai. Umbai terletak di antara sempadan Jasin dan Melaka Tengah. Kedudukan Medan Ikan Bakar Umbai-Pernu hanya 30 minit perjalanan dari Bandar Melaka.
Apabila tiba di sana, kelihatan deretan kedai makan yang menyajikan beraneka jenis makanan laut dengan harga yang berpatutan. Makanan laut yang segar dan enak dijadikan hidangan para pengunjung. Biasanya para pengunjung dihidangkan dengan pelbagai jenis ikan seperti tilapia, pari, kembung, siakap dan kerapu. Selain itu, terdapat juga kerang, lala, udang dan sotong untuk dijadikan sajian.
 |
|
| Ikan pari bakar yang sungguh menyelerakan |
|
|
Ikan dan makanan laut segar ini dibeli setiap hari daripada nelayan di kawasan sekitar. Tidak sah jika hidangan ikan bakar ini tidak dimakan bersama-sama nasi lemak. Bau nasi lemak yang wangi dan ditambah pula hidangan makanan laut yang segar pasti membuka selera anda.
Pulau Besar
| |
 |
| |
| Jeti bot penumpang ke Pulau Besar |
|
Dari Jeti Sungai Umbai, anda bolehlah menaiki bot ke pusat peranginan Pulau Besar. Perjalanan membelah Selat Melaka memakan masa kira-kira 40 ke 50 minit. Banyak lagenda yang dikaitkan dengan Pulau Besar. Nun dari jauh, pulau ini kelihatan seakan-akan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring. Pulau Besar dipercayai oleh sesetengah orang sebagai tempat keramat dan “berpenunggu”. Pulau ini menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara khususnya pelancong yang berketurunan India Muslim Malaysia dan Singapura. Dahulunya, pulau ini dikunjungi ribuan manusia dari pelabagi pelosok untuk meraikan bulan Safar. Namun sambutan bulan Safar tersebut tidak lagi diamalkan kerana ia lebih bersifat ikutan semata-mata.
Pun begitu ramai pelancong yang datang ke pulau ini menziarahi keramat yang dikatakan merupakan pusara Sultan Ariffin Syeikh Ismail. Di sini juga terdapat beberapa kubur lain seperti Makam Tujuh Beradik dan Makam Nenek Kebayan. Pengunjung boleh bermalam di beberapa buah chalet bertaraf lima bintang yang terdapat di situ. Bagaimanapun, bagi penduduk tempatan, peristiwa bot karam di awal pagi beberapa tahun lalu masih terbayang di benak mereka. Bot itu yang membawa pekerja dari sebuah pusat peranginan di Pulau Besar telah karam dalam perjalanan ke Jeti Umbai. Peristiwa itu amat menayat hati kerana menyebabkan kehilangan nyawa ramai penduduk kampung berhampiran.
|