Bermuafakat Membawa Berkat
elok Mas terletak kira-kira 20 minit dari Bandar Melaka. Kampung Telok Mas juga terletak berdekatan dengan Sekolah Pemulihan Akhlak atau lebih dikenali dengan nama Sekolah Henry Gurney. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, Sekolah Henry Gurney turut mempopularkan nama Kampung Teluk Mas. Perpustakaan Desa Taman Telok Mas pula terletak di tengah-tengah kawasan kampung. Lokasinya yang berhampiran dengan pejabat Ahli Undangan Negeri dan rumah penghulu memudahkan ia dijumpai. Pendek kata, kedudukannya yang strategik memudahkan orang ramai mengunjunginya.
Rata-rata penduduk di sini masih kekal mengamalkan cara hidup kampung dan tidak terpengaruh dengan budaya luar. Penduduk Kampung Telok Mas terkenal dengan sikap mesra, bersopan-santun dan berbudi-bahasa. Sikap tolak ansur antara penduduk yang wujud menjadi pegangan bagi memelihara perpaduan. Seperti kata pepatah “Hidup bermuafakat membawa berkat” secara tidak langsung amalan ini mewujudkan suasana aman dan harmoni kepada penduduk kampung.
|