Dodol Upih Pinang
| |
 |
| |
| Inang-inang sememangnya sangat terkenal di Melaka |
|
ndustri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan salah satu sumber pendapatan bagi penduduk di Kampung Telok Mas. Segelintir penduduk kampung ini mengusahakan pembuatan kuih-muih tradisional seperti inang-inang dan dodol. Inang-inang diperbuat daripada beras pulut, garam dan sedikit pewarna. Beras pulut akan direndam dan kemudian dikukus selama setengah jam. Sedikit pewarna diletakkan agar kelihatan menarik dan cantik. Inang-inang boleh didapati dalam empat warna iaitu merah, hijau, kuning dan oren. Inang-inang sering dihidangkan pada waktu minum petang atau sebagai kudapan.
 |
|
| Produk dodol keluaran Zaiton Food |
|
|
Selain itu, terdapat juga penduduk Kampung Telok Mas yang mengusahakan pembuatan dodol. Zaiton Food telah berusaha untuk membuat dodol secara komersial dan tidak terhad semasa hari lebaran sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol seperti santan kelapa, tepung beras, gula pasir dan gula Melaka. Untuk rasa dodol yang lebih sedap dan beraroma harum, pengusaha mencampurkanya dengan isi durian dan dibungkus dalam pelepah atau upih daun pinang.
| |
 |
| |
| Teknik moden dalam pembuatan dodol |
|
Zaiton Food membuat dodol sebanyak empat jenis perisa iaitu dodol berperisa jagung, pandan, strawberi dan durian. Selain itu, Zaiton Food juga menghasilkan kuih tradisional lain iaitu kuih putu kacang dan wajik pulut. Produk keluaran Zaiton Food dijual di sekitar kampung.
|