Ceramah Kesedaran Kesihatan

K

erajaan telah menyediakan beberapa kemudahan kesihatan seperti Klinik Desa Telok Mas. Kemudahan kesihatan yang disediakan sedikit sebanyak dapat menjamin penduduk Kampung Telok Mas menjalani kehidupan yang sihat. Klinik desa ini dibina menggunakan kayu sebagai bahan binaan dan masih lagi utuh sehingga kini.

Melangkah masuk ke dalam Klinik Desa Teluk Mas anda dapat melihat seni bina klinik kayu yang cantik. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan ibu mengandung dan perkhidmatan untuk kanak-kanak. Selain itu, terdapat lawatan dari rumah ke rumah oleh jururawat, khidmat perancang keluarga dan imunisasi untuk kanak-kanak. Klinik Desa Telok Mas beroperasi pada jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Klinik kesihatan ini memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar Kampung Telok Mas.

Klinik Desa Telok Mas juga aktif dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti bersama murid sekolah sempena Hari Kantin Sekolah. Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Mas. Klinik Desa Telok Mas akan mengadakan ceramah kesihatan dan kaunter pertanyaan penyakit yang melibatkan pengetahuan am seperti HIV, Demam Denggi dan pelbagai aktiviti lain yang menarik.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK