Keselamatan Penduduk Jadi Keutamaan
ika berbicara mengenai keselamatan, secara amnya Kampung Telok Mas berada dalam pengawasan Balai Polis Kandang yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Kampung Telok Mas. Balai Polis Kandang diterajui oleh Sarjan Mejar Sahak Sulaiman di samping lapan anggota di bawah beliau. Bagaimanapun, kampung ini dan sekitarnya mendapat rondaan dari kereta peronda polis yang berpusat di Balai Polis Kontigen Melaka.
Walau bagaimanapun Persatuan Belia PEMUDA yang dianggotai oleh penduduk setempat juga sedikit sebanyak membantu dari aspek-asepk keselamatan kampung yang aman damai ini. Atas beberapa sebab yang boleh mengelirukan, nama Persatuan Belia PEMUDA kemudian digantikan dengan Rukun Tetangga di mana setiap ahli mengambil kawasan masing-masing dan melakukan rondaan pada waktu malam.
|