Menjamin Keluarga Bahagia
emudahan asas yang terdapat di Kampung Telok Mas amat lengkap dengan prasarana yang telah dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Terdapat kemudahan asas seperti jalan raya yang berturap memudahkan orang ramai datang ke sini tanpa sebarang masalah. Penduduk Kampung Telok Mas kini menikmati bekalan air bersih dan juga bekalan elektrik di setiap rumah.
Kemudahan-kemudahan lain termasuklah masjid, surau, sekolah dan Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA). Turut disediakan ialah Dewan Serba Guna, balai raya, pejabat pos, masjid dan surau. Segala kemudahan yang telah disediakan memudahkan penduduk setempat dan orang luar yang datang ke Kampung Telok Mas.
|