Perpaduan Disemai Menerusi Aktiviti Bersama
edudukan kampung-kampung sekitar Kampung Telok Mas adalah berdekatan di antara satu sama lain. Di antaranya Kampung Tambak Bugis, Kampung Bukit Lintang Kampung Pernu dan Umbai. Kampung-kampung lain adalah Kampung Alai, Permatang Pasir dan juga taman-taman perumahan seperti Taman Sri Telok Mas. Jalan raya menjadi penghubung utama antara penduduk kampung dan kampung sekitar.
Penduduk Kampung Alai mendirikan sebuah replika inang-inang sebagai mercu tanda bahawa anda telah tiba di kampung ini. Penduduk di kampung ini mengusahakan pembuatan kuih inang-inang sebagai salah satu peroduk tani Kampung Alai. Selain itu, Kampung Padang Tamu terkenal dengan produk kraf tangan wanita. Mereka menggunakan gulungan surat khabar untuk dijadikan bekas-bekas yang cantik dan unik. Kraf tangan ini sedikit sebanyak dapat menyumbang pendapatan sampingan kepada mereka.
Amalan kunjung-mengunjungi masih diamalkan dan diteruskan oleh penduduk Kampung Telok Mas. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan penduduk sekitar Kampung Telok Mas seperti sukaneka diadakan bertujuan merapatkan perpaduan antara penduduk kampung. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat merapatkan ukhuwah malah mewujudkan suasana harmoni antara kampung-kampung sekitar.
|