Merapatkan Perpaduan Kaum
ecara umumnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan untuk membantu kerajaan mengeratkan perhubungan di antara masyarakat dan kerajaan. Antara tugas JKKK ialah membantu kerajaan melaksanakan program-program pembangunan terutama dalam membasmi kemiskinan.
 |
|
| Pejabat ADUN menjadi tempat rujukan masalah penduduk setempat |
|
|
Melalui pentadbiran Tuan Haji Azman Mohd Nor sebagai pengerusi JKKK, pelbagai biro diwujudkan bagi memantapkan lagi organisasi JKKK. Antara biro yang diwujudkan ialah Biro Agama dan Sahsiah, Biro Ekonomi dan Keusahawanan, Biro Belia, dan Biro Wanita. Sejak sekian lama JKKK telah berperanan dan mencapai objektifnya untuk mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat di samping memajukan kampung.
Menerusi JKKK, maklumat-maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. Kadangkala ia disampaikan melalui program-program khusus seperti Program Anak Angkat, Program Sukan Komuniti dan sebagainya. JKKK turut berperanan menyelia projek-projek kecil yang memberikan faedah kepada masyarakat kampung seperti membaik pulih sistem perparitan, gotong-royong dan lain-lain. Kompleks Japerun Telok Mas menjadi pusat berkumpul dan berbincang bagi menyelesaikan masalah penduduk.
Tuan Haji Azman Mohd Nor, Pengerusi: 013-6130186
Abdul Rahman Mohammad Din, Setiausaha: 012-3627204
Abu Bakar, Penghulu: 013-6486466
|