Bazar Telok Mas Tumpuan Pelancong

E
 
 
Pelbagai hasil kraf tangan boleh didapati di Bazar Telok Mas

konomi penduduk kampung Telok Mas dijana dari pertanian, keusahawanan, pelancongan, perkilangan, perikanan, bekerja sendiri serta berkhidmat di sektor awam dan swasta. Terdapat penduduk setempat yang mengusahakan tanaman Cendawan Tiram. Cendawan Tiram ini diusahakan oleh Bestari Mahwal dan isterinya sejak tahun 2005. Cendawan beliau dijual kepada pengusaha-pengusaha kedai makan di sekitar kampung.

Selain itu, ada di antara penduduknya yang bekerja sendiri. Pembinaan Bazar Telok Mas membolehkan penduduk di sini membuka perniagaan mereka seperti kedai kraf tangan dan kedai kuih-kuih tradisional seperti dodol, inang-inang dan sebagainya.

Kilang Bimbingan SME

Sebuah kawasan yang menempatkan para peniaga dan usahawan kecil di bawah program Kilang Bimbingan SME disediakan di sini. Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan SME Bank sebagai agensi pelaksana telah menganjurkan Skim Kilang Bimbingan SME. Skim ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan serta sektor perkilangan di Kampung Telok Mas. Skim ini merupakan satu pendekatan pembangunan keusahawanan secara bersepadu dengan menyediakan kemudahan pembiayaan, penyewaan ruang kilang, latihan keusahawanan serta bantuan khidmat nasihat dan kewangan.

Terdapat sebuah Kilang SME yang terletak kurang satu kilometer dari Kampung Telok Mas. Kilang SME dijadikan sebagai tempat pemprosesan produk-produk Kampung Telok Mas seperti tilam, sabun, sos dan sebagainya. Kilang ini membuka peluang kepada golongan muda dan belia untuk menjana pendapatan mereka.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK