Telok Mas terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari Bandar Melaka. Di Telok Mas terdapat kawasan yang dibina khas untuk usahawan di bawah program Kilang Bimbingan SME. Kerajaan Melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan SME Bank sebagai agensi pelaksana telah menganjurkan Skim Kilang Bimbingan SME. Skim ini merupakan satu pendekatan pembangunan keusahawanan secara bersepadu dengan menyediakan kemudahan pembiayaan, penyewaan ruang kilang, latihan keusahawanan serta bantuan khidmat nasihat dan kewangan. Setiap kompleks kilang mengandungi kilang-kilang pelbagai saiz mengikut keperluan setempat dan dibina di lokasi yang strategik.


Sosioekonomi Sejarah

Ekonomi penduduk Kampung Telok Mas dijana dari pertanian, keusahawanan, pelancongan, perkilangan, perikanan, bekerja sendiri serta mereka yang berkhidmat di sektor kerajaan dan swasta. Terdapat penduduk setempat yang mengusahakan tanaman cendawan tiram. Cendawan tiram ini diusahakan oleh Bestari Mahwal dan isterinya sejak tahun 2005. Cendawan beliau dijual kepada pengusaha-pengusaha kedai makan di sekitar kampung.

Kampung Telok Mas mendapat nama dari satu peristiwa yang berlaku pada zaman dahulu kala. Menurut cerita orang-orang tua, seorang nelayan telah keluar ke laut untuk mengangkat jaring yang telah siap dipasang. Semasa menarik jaring tersebut, nelayan terasa jaringnya amat berat dan menyangka sesuatu telah tersangkut di jaringnya. Apabila jaring diangkat, nelayan tersebut terkejut apabila mendapati ada rantai emas tersangkut pada jaringnya.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK