Belia Aktif Berpersatuan

B

elia merupakan pelapis kepemimpinan negara. Belia hendaklah berusaha mencari ilmu agar dapat memenuhi harapan negara. Belia di sini sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam hidup mereka seperti gotong-royong, saling bekerjasama dan sebagainya. Setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disertai dan dijayakan dengan begitu gemilang sekali.

Belia Kampung Telok Mas sering bermain sepak takraw pada waktu petang di gelanggang yang disediakan. Gelanggang ini terletak di sebelah Bilik Gerakan UMNO. Selain itu, JKKK juga menganjurkan pertandingan seperti Pertandingan Futsal, Pertandingan Badminton dan Pertandingan Bola Jaring. Pertandingan ini diadakan agar belia di sini dapat beramah mesra dengan belia dari kampung sekitar amnya.

Golongan belia juga aktif berpersatuan. Pasukan kompang Kelalang yang disertai oleh golongan belia sering kali mendapat jemputan daripada pelbagai pihak untuk membuat persembahan di majlis-majlis keraian.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK