Johan Pertandingan Marhaban
| |
“Persatuan Marhaban Kaum Wanita Kampung Telok Gong menjadi Johan sebanyak dua kali” |
| |
|
enyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat dan ekonomi setempat, maka Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merancang aktiviti yang khusus melibatkan wanita di Kampung Telok Gong. Persatuan wanita yang terdapat di sini ialah Persatuan Marhaban Kaum Wanita Kampung Telok Gong. Ia ditubuhkan pada tahun 2003, diketuai oleh Kamariah Mohamad. Persatuan ini merupakan persatuan yang paling aktif di Kampung Telok Gong.
Balai Raya Kampung Telok Gong merupakan pusat utama persatuan wanita ini menjalankan aktiviti-aktiviti mereka. Persatuan ini amat terkenal bukan sahaja di kalangan penduduk kampung, bahkan juga di kampung-kampung sekitarnya. Mereka sering dijemput untuk mengadakan persembahan ketika majlis kenduri kahwin ataupun majlis cukur jambul di kampung ini serta kampung-kampung berhampiran.
Antara kejayaan-kejayaan yang diperoleh Persatuan Marhaban Kaum Wanita Kampung Telok Gong ialah Johan dalam Pertandingan Nasyid Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi tahun 2004 dan Johan dalam Pertandingan Marhaban & Tilawah Al-Quran Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi tahun 2005.
Selain itu terdapat beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh Biro Wanita yang melibatkan program keagamaan dan kesenian. Aktiviti-aktiviti yang kerap diadakan seperti marhaban dan nasyid, kelas Fardu Ain dan bacaan yasin, kelas masakan dan kelas kraf tangan. Terdapat juga kaum wanita bergiat aktif dalam perniagaan. Mereka mengusahakan perusahaan makanan ringan seperti pembuatan kuih tradisional.
|