Ilmu Itu Cahaya

P

erpustakaan Desa Kampung Telok Gong merupakan salah satu usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar menerusi Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Projek USP adalah ilham Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain. Di bawah program USP setiap kampung yang terpilih diberi kemudahan komputer sebagai salah satu instrumen untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ia sekali gus diharap dapat meningkatkan kadar celik ICT di kalangan penduduk kampung terlibat.

 
 
Kemudahan IT yang disediakan di Perpustakaan Desa Kampung Telok Gong

Bangunan Perpustakaan Desa Kampung Telok Gong telah dibina oleh sebuah syarikat swasta terletak berhampiran pantai dan jeti Telok Gong. Syarikat tersebut juga merupakan penyumbang utama peralatan dan buku-buku yang ada di perpustakaan itu. Ia ditubuhkan pada tahun 2006 dan dirasmikan oleh Abdul Aziz Ghani, Timbalan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) pada 15 Disember 2006 dan mula beroperasi pada 18 Disember. 2006.

Persekitaran yang selesa di dalam perpustakaan menjadikan ia sebagai tempat yang sesuai di kalangan pelajar dan penduduk untuk menelaah ilmu dan mencari maklumat. Bukan sahaja kanak-kanak malah terdapat juga orang dewasa yang mennggunakan perpustakaan ini untuk pelbagai tujuan.
Perpustakaan Awam Negeri Melaka juga membekalkan bahan-bahan bacaan . Antara aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan seperti pertandingan mewarna, melukis dan tayangan video pada sebelah petang untuk kanak-kanak.

Perpustakaan ini diurus-selia oleh Noorhafizah Hassan, selaku Pembantu Perpustakaan. Beliau bertanggungjawab menguruskan pinjaman, rujukan dan mengendalikan perkhidmatan maklumat komuniti. Perpustakaan Desa Kampung Telok Gong beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

 


 
 
Penafian | Laman Web KTAK