“Setia Membawa Bangsa”

S
 
 
Pulau Konit dan laluan di hadapan yang terjadi secara semulajadi

uatu ketika dahulu, kawasan Kampung Telok Gong merupakan kawasan hutan belukar. Kampung ini terletak di kawasan persisiran pantai di Daerah Alor Gajah. Kampung Telok Gong diberi nama “Telok” kerana struktur geografinya yang berteluk. Sementara perkataan Gong pula diambil daripada sejenis alat gendang yang dipanggil “Gong”.

Menurut cerita orang-orang tua, pada masa dahulu di Pulau Konit, merupakan penempatan bunian. Sebelum penduduk kampung hendak pergi ke Pulau Konit, mereka perlu melalui Bukit Telok Gong, kawasan berbukit yang sekarang terletaknya Syarikat Powertek Berhad. Pada asalnya mereka berbaik-baik dengan orang-orang kampung. Jika ada kenduri-kendara di kampung, penduduk kampung akan ke bukit ini untuk meminjam pinggan mangkuk daripada orang bunian. Apabila ada orang datang ke bukit ini maka gong akan dipalu. Oleh kerana gong ini selalu berbunyi maka kampung ini akhirnya dikenali sebagai Kampung Telok Gong.

Kini, dari kawasan hutan belukar menjadi sebuah penempatan yang kecil dan berkembang pesat dengan adanya infrastruktur yang lengkap. Namun, warisan masyarakat Melayu tradisional masih dipertahankan oleh penduduk kampung di sini. Oleh itu, wujudnya moto “Setia Membawa Bangsa” yang membawa maksud kesetiaan orang Melayu dalam mempertahankan bangsanya.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK