Hubungan Erat Terjalin
| |
 |
| |
| Anak muda bermain bola tampar di pantai berhampiran |
|
engikut bancian, dianggarkan penduduk di sekitar Kampung Telok Gong seramai 1,000 orang. Majoriti penduduknya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Walaupun Kampung Telok Gong diduduki sepenuhnya oleh kaum Melayu, hubungan erat antara kaum Cina dan India yang tinggal di kampung-kampung sekitar masih berkekalan. Penduduk Kampung Telok Gong terkenal dengan sikap mesra, bersopan-santun dan berbudi bahasa. Sikap tolak ansur antara penduduk yang wujud menjadi pegangan bagi memelihara perpaduan.
Walaupun Kampung Telok Gong terletak di pinggir bandar, namun kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri. Selain itu, perkhidmatan bas sekolah dan bas awam juga disediakan untuk kesenangan penduduk ke bandar berdekatan.
|