Kelapa Mataq Yang Istimewa

S
  “Kelapa Mataq menghasilkan pendapatan 10 kali ganda daripada kelapa biasa”
   

ektor pertanian memerlukan transformasi untuk menjadi sektor yang moden, komersial dan berdaya saing. Selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK), Kerajaan Negeri Melaka juga berhasrat untuk memberikan perhatian yang lebih serius kepada usaha membangunkan sektor pertanian di Negeri Melaka. Dalam memperkembangkan sektor pertanian sebagai jentera ketiga pertumbuhan ekonomi, Kerajaan Negeri Melaka menyediakan pelbagai bentuk skim sokongan dan galakan untuk menggalakkan pelaburan dalam sektor pertanian.

Antara jenis pertanian yang sedang dijalankan di kampung ini ialah penanaman Kelapa Mataq seluas lapan hektar. Seramai 15 orang terlibat mengendalikan penanaman yang baru berusia tujuh bulan. Kelapa ini boleh memberi pendapatan kepada pengusahanya 10 kali ganda daripada hasil kelapa biasa. Oleh itu, ia diusahakan secara bertaburan dan ditanam di kawasan tanah terbiar milik penduduk.

Menurut Ketua Kampung Telok Gong, Abu Bakar Darum, beliau berharap pertanian Kelapa Mataq menjadi hasil utama kampungnya kerana kemampuannya untuk memberi pendapatan yang lumayan. Beliau yang turut mengusahakan tanaman ini mendapat galakan dari agensi-agensi kerajaan terbabit seperti Jabatan Pertanian Negeri. Abu Bakar juga mendapat latihan, subsidi, khidmat nasihat dan pemasaran hasil tani.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK